Cara mengemas kini Zoom (Android)

Zoom akan menyediakan versi baru dari semasa ke semasa bagi pengguna peranti Android. Kemas kini ini selalunya akan menambahkan ciri baru yang berkemungkinan besar berguna bagi anda, selain menyinkirkan pepijat dan meningkatkan keselamatan.

Kami menggalakkan anda untuk memeriksa kemas kini kira-kira sebulan sekali.

  1. Buka Play Store.
  2. Cari Zoom Cloud Meetings.
  3. Klik Update untuk mendapatkan versi Zoom terkini.
  4. Sebagai alternatif, anda boleh membuka applikasi Zoom.
  5. Klik pada ikon Tetapan di kiri atas.
  6. Klik pada Version.
  7. Zoom secara automatik akan memeriksa kemas kini yang tersedia dan memuat turun versi terkini (jika ada).