Cara mengemas kini Zoom (iPhone/iPad)
Zoom akan menyediakan versi baru dari semasa ke semasa bagi pengguna peranti iOS (iPhone atau iPad). Kemas kini ini selalunya akan menambahkan ciri baru yang berkemungkinan besar berguna bagi anda, selain menyinkirkan pepijat dan meningkatkan keselamatan.
Kami menggalakkan anda untuk memeriksa kemas kini kira-kira sebulan sekali.
- Buka App Store.
- Cari Zoom Cloud Meetings.
- Klik Update untuk mendapatkan versi Zoom terkini.