Cara Mengemas kini Zoom (Windows/Mac/Linux)
Zoom akan menyediakan versi baru dari semasa ke semasa bagi pengguna komputer PC dan Mac. Kemas kini ini selalunya akan menambahkan ciri baru yang berkemungkinan besar berguna bagi anda, selain menyingkirkan pepijat dan meningkatkan keselamatan.
Kami menggalakkan anda untuk memeriksa kemas kini kira-kira sebulan sekali.
Buka Zoom client anda.
- Klik ikon di kanan atas, kemudian klik Check for Updates.
- Zoom secara automatik akan memeriksa kemas kini yang tersedia dan memuat turun
versi terbaru (jika ada). Setelah muat turun selesai, klik Update Now.
- Sekiranya anda tidak log masuk dan lihat skrin berikut.
- Klik kanan pada ikon zoom kecil di kanan bawah desktop anda. (Anda mungkin
perlu mengklik anak panah ke atas untuk menunjukkan ikon).
- Untuk pengguna Mac, pilihan Check for Updates berada di kiri atas.